Jumaat, 27 Ogos 2010

Memahami makna Sunnah Rasulullah SAW,

Daku memulakan penulisan ini dengan menyebut nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan dengan doa serta pengharapan yang besar semuga Allah SWT akan menunjuki diri ini ke jalanNya yang benar lagi lurus serta memberikan kekuatan kepada diriku ini untuk menghabiskan penulisan ini, Amin.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama bersyukurlah ke hadrat Allah SWT lantaran dengan limpah kurnia Allah SWT,  dianugerahkan untuk kita kekuatan hingga kita masih mampu untuk membaca dan menulis, masih mampu menghela nafas kita ini dan anugerah yang sangat besar adalah kerana kita masih mampu untuk menggunakan akal kita bagi mencari kebenaran yang hakiki.
Siang tadi, ketika saya berkesempatan untuk melawati Soleh.net, saya terpandang kepada suatu komen dari saudara kita yang bertanya mengenai kefahaman saya tentang Sunnah Rasulullah SAW. Maka kemudian saya menjawab kepadanya dengan memberikan suatu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang antara lain mafhumnya:-
“Sudah ku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat sepeninggalan ku jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah ku.”
Dan untuk memberikan kupasan yang lebih mendalam lagi, saya juga bawakan ayat Al Quran dari surah Al Ahzab ayat ke 21 yang antara lain mafhumnya:-
“Sesungguhnya pada Rasulullah itu mempunyai ikutan yang baik (uswah hasanah) bagi kamu iaitu orang yang mengharapkan Allah SWT, mengharapkan pembalasan baik di hari akhirat dan mereka itu banyak mengingati Allah SWT”

Dengan mafhum ayat Al Quran dan Hadis yang saya bawakan ini, saya berharap ianya akan dapat memberikan jawaban dengan sendirinya kepada persoalan yang ditanyakan itu. Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu mempunyai ikutan yang baik, bermakna bahawa setiap apa yang ada pada diri Rasulullah samada dari akhlaknya, sifatnya, pribadinya malahan cara kehidupan Rasulullah itu sendiri samada semenjak dari sebelum baginda menerima wahyu atau setelah baginda menerima wahyu (dilantik sebagai Rasul) adalah merupakan Sunnah Rasulullah. Jika kita mengikutinya, maka insyaAllah, kita akan memperoleh pahala di sisi Allah SWT.
Sesungguhnya sahabat dan saudaraku, kehidupan Rasulullah SAW itu sepenuhnya semenjak dari dilahirkan hinggalah baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah dibawah bimbingan Allah SWT dan Allah SWT tidak membiarkan baginda walaupun sesaat. Kerana itulah ketika ditanya Aisyah mengenai akhlak dan kehidupan Rasulullah SAW maka Aisyah menjawab bahawa akhlak dan kehidupan Rasulullah SAW itu adalah Al Quran. Lebih senang diertikan bahawa Rasulullah itu adalah merupakan Al Quran yang hidup untuk diteladani.
Dari cara baginda menyusu ketika bayi, cara baginda mencari petunjuk Allah SWT, cara baginda beribadah, bermuamalah, berkahwin, malahan cara baginda tidur, bangun, makan, minum, sehinggalah cara baginda ke tandas adalah merupakan Sunnah Rasulullah SAW. Jika kita mengikutinya bererti kita memartabatkan Sunnah Rasulullah SAW.
Contohnya, ketika baginda masih bayi, ibu baginda telah kekeringan air susu untuk disusukan kepada baginda, hakikat sebenarnya, kekeringan air susu ibu baginda itu adalah merupakan ketentuan Allah SWT, supaya dengan itu Rasulullah dapat dicarikan ibu susuan bagi menggenapkan usia susuan untuk bayi iaitu selama 2 tahun sekurang-kurangnya. Maka untuk para isteri muslimah yang hendak mengikuti Sunnah Rasulullah SAW, mestilah memberikan susuan kepada bayi mereka paling kurang selama dua tahun, jika sebelum itu siibu telah kekeringan susu badannya, janganlah diberikan susu lembu kerana ibu Rasulullah tidak berbuat demikian tetapi hendaklah dicari ibu yang menyusu untuk menyusukan bayinya itu.
Begitulah juga dengan perkahwinan Rasulullah SAW, sesungguhnya ketika Rasulullah SAW berkahwin untuk kali yang pertama iaitu dengan Khadijah r.a, baginda hanya mempunyai isteri seorang itu sahaja sehinggalah kembalinya kerahmatullah Khadijah r.a. Jadi para suami yang berhajat untuk mengikuti Sunnah Rasulullah SAW, tidaklah boleh berkahwin lebih dari satu semasa isteri pertamanya masih ada hayat, apatah lagi untuk menceraikan isteri pertama semata-mata untuk berkahwin dengan perempuan yang lain.
Apapun wahai saudara dan sahabat-sahabatku, semuanya mestilah bermula dengan niat yang ada dalam diri kita. Contohnya jika kita memakai pakaian jubah kerana Rasulullah SAW memakai jubah, maka insyaAllah kita akan memperoleh pahala dari perbuatan kita itu tetapi jika kita memakai jubah itu untuk menunjuk-nunjuk dan riya’, tentulah hal sebaliknya pula yang akan kita dibalaskan.
Cuma jika saudara dan sahabat-sahabat bertanyakan pendapat saya mengenai kaedah mengikut amalan Rasulullah SAW dalam cara kehidupan sehariannya ini, saya lebih suka untuk memberikan sesuatu yang lebih sederhana, contohnya jika kita berpakaian walaupun pakaian itu bukanlah pakaian cara Rasulullah SAW, cukuplah terlintas dalam sanubari kita bahawa kita berpakaian itu untuk menutup aurat kita kerana Rasulullah SAW juga berpakaian untuk menutup auratnya, insyaAllah perbuatan kita yang sedemikian itu juga akan memperoleh pahala mengikuti sunnah selagi tidak ada riya’ dan sifat suka menunjuk-nunjuk.
Begitu juga jika Rasulullah SAW dahulu berkenderaan menunggang unta atau kaldai, maka jika terlintas dalam hati kita bahawa kita berkenderaan itu kerana Rasulullah SAW dahulu juga berkenderaan maka insyaAllah, kita akan memperoleh pahala mengikuti Sunnah Rasulullah walaupun kenderaan yang kita naiki itu adalah keldai yang telinganya sepanjang 10 hasta dan boleh melompat antara bukit ke bukit (kenderaan akhir zaman seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW – kapal terbang).
Dalam permasalahan Sunnah Rasulullah SAW ini, sebenarnya saya lebih suka menekankan bukan kepada persoalan yang remeh seperti cara Rasulullah SAW berpakaian atau berkenderaan malahan juga samada solat cara begini atau cara begitu yang sepatutnya adalah cara Rasulullah SAW! kerana hal itu, bagi saya sebenarnya adalah merupakan hal-hal ringan dan sederhana. Permasalahan sebegini akan lebih membawa kemudharatan daripada kebaikannya sehingga ada antara kita yang sanggup kafir mengkafir kerananya pada hal cukuplah ketika kita menunaikan solat itu terlintas dalam sanubari kita, kita tunaikan solat itu adalah kerana Rasulullah SAW juga menunaikan solat. InsyaAllah selagi kita tidak meninggalkan rukun solat, tidak melanggari ketertibannya dan kita bersolat dengan ikhlas kerana Allah SWT  maka solat kita itu akan diterima oleh Allah SWT dan kita akan beroleh pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Hakikat yang sebenarnya wahai sahabat dan saudara-saudaraku, kita mempunyai Sunnah yang lebih besar yang perlu kita laksanakan.
Apakah Sunnah yang lebih besar itu? Iaitulah mengembalikan “Madrasah Rasulullah SAW” Penelitian perlu kita lakukan supaya dengan itu kita dapat melahirkan kembali Bilal bin Rabbah yang sanggup disiksa, dijemur ditengah teriknya panas gurun dengan batu-batu ditindis dibadannya, biarpun begitu besar siksaan itu, mulutnya masih menyebut “Ahad… Ahad”
Begitu juga dengan Sumaiyah dan isterinya yang dimuliakan sebagai syuhada yang pertama dari Madrasah Rasulullah SAW. Demikian juga dengan Hamzah dan para syuhada yang terkubur di medan Uhud yang setiap tahun akan diziarahi oleh baginda Rasulullah SAW.
Kenapa kita tinggalkan sunnah yang sedemikian agung ini? Yang dari sunnah ini lahir manusia yang hebat dan kental, yang dengannya Islam telah mampu sampai sehingga ke seluruh pelusuk dunia? Kearah memberikan kefahaman inilah saya berusaha untuk menulis dalam soleh.net ini semuga dengan rahmat Allah SWT dan dengan berkat doa dari sahabat dan saudara semua, saya akan terus diberikan kekuatan untuk menulis dan terus menulis dalam ruangan ini insyaAllah.
Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah merupakan salah faham atau salah tafsir yang datang dari saya sendiri. Sama-samalah kita berdoa semuga Allah SWT menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus.
Wallah hu aqlam.
Salam dari saya

Khamis, 26 Ogos 2010

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan


"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?

Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."


***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKARCHANNEL***



"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorangcouple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".


**** PENONTON TERCENGANG! ****



"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". 

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". 

(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah". 
Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk‘touch n go' ". 
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "



**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"

(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


**** TUKAR CHANNEL BALIK ****

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."


**** BLACKOUT, TUTUP TV ****


Rabu, 25 Ogos 2010

Kau Sempurna Bagiku


Kita tidak pernah bersua 
Apatah lagi berbual 
Tidak pernah ku lihat dirimu 
Apatah lagi menatap wajahmu 

Tapi aku sentiasa merindui 
Dirimu sentiasa menyayangiku 
Mengasihiku sepenuh hati 
Atas dasar akidah yang satu 

Hatiku meruntun sayu 
Cukup terharu mengucap syukur 
Kerna dirimu masih mengingatiku 
Walau nafasmu di hujung kalbu 

Dirimu meninggalkanku sendiri 
Aku sedih...mohon kekuatan 
Al-Quran & SunnahMu jadi pegangan 
Hingga akhir hayat pasti ku tetap dalam perjuangan 

Ummati...Ummati...Ummati... 
Panggilan manja buat diriku 
Walau tika itu dirimu kesakitan 
Walau hati menangis sepi 
Diri ini ditinggalkan sementara 

Wahai kekasih Allah S.W.T... 
Rasulullah S.A.W... 
Diri ini ingin bertemumu di syurga 
Doakan diriku tabah berjuang 
Di dunia akhir zaman 
Yang pernah dirimu risaukan..

Ahad, 22 Ogos 2010

SYARAT SYAHADAT LAA ILAAHA ILLALLAH

Setiap ibadah memiliki rukun dan syarat yang harus dipenuhi agar ibadah tersebut sah. Seseorang yang hendak sholat tentu akan berwudhu terlebih dahulu, karena suci adalah syarat sah sholat. Begitu pula ibadah yang lain seperti haji, puasa dan zakat juga memiliki rukun-rukun dan syarat yang tidak boleh tidak harus dipenuhi. Segala sesuatu yang harus dipenuhi sebelum mengerjakan sesuatu yang lain disebut syarat. Lalu bagaimana pula dengan mengucapkan kalimat Laa Ilaaha Illalloh? Tidak diragukan lagi bahwa syahadat adalah setinggi-tingginya derajat keimanan dan rukun islam yang paling utama. Di sana ada syarat-syarat yang harus dipenuhi agar kalimat Laa Ilaaha Illalloh yang kita ucapkan dianggap sah.
Para ulama menjelaskan bahwa syahadat Laa Ilaaha Illalloh memiliki delapan syarat:

1. Ilmu
Sebuah pengakuan tidak dianggap kecuali dengan ilmu. Oleh karena itu, wajib bagi kita untuk mengucapkan kalimat syahadat ini dengan mengilmui makna dari kalimat tersebut. Alloh berfirman, "Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Alloh tidak dapat memberi syafa'at; akan tetapi (orang yang dapat memberi syafa'at ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini(nya)." (Az Zukhruf: 86). Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa mati dalam keadaan mengilmui Laa Ilaaha Illalloh pasti masuk surga." (HR. Al Bukhori dan Muslim). Dan makna yang benar dari kalimat Laa Ilaaha Illalloh yaitu tidak ada sesembahan yang haq melainkan Alloh Ta'ala.

2. Yakin
Yakin adalah tidak ragu-ragu dengan kebenaran maknanya sehingga tidak mudah terombang-ambing oleh berbagai cobaan. Alloh berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Alloh dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Alloh. Mereka itulah orang-orang yang benar." (Al Hujurat: 15)
Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa yang engkau jumpai dari balik dinding ini dia bersaksi Laa Ilaaha Illalloh dengan keyakinan hatinya sampaikanlah kabar gembira untuknya bahwa dia masuk surga." (HR. Muslim)

3. Menerima
Alloh menceritakan keadaan orang kafir Quraisy yang tidak menerima dakwah Nabi Muhammad dalam firman-Nya, "Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: 'Laa ilaaha Illalloh' (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Alloh) mereka menyombongkan diri. Dan mereka berkata: 'Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami karena seorang penyair gila?'." (As Shoffat: 35-36)
Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia. Inilah sifat orang kafir, tidak menerima kebenaran kalimat Laa ilaaha Illalloh. Sungguh hanya Alloh lah yang berhak disembah dan diibadahi.

4. Tunduk
Maksudnya yaitu melaksanakan konsekuensinya lahir dan batin. Alloh berfirman, "Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Alloh, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Alloh-lah kesudahan segala urusan." (Luqman: 22)
Nabi bersabda, "Tidaklah sempurna iman kalian sehingga hawa nafsunya tunduk mengikuti ajaranku." (HR. Thabrani)

5. Jujur
Alloh berfirman, "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Alloh mengetahui orang-orang yang benar (jujur) dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al 'Ankabut: 2-3)
Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Tak seorang pun bersaksi Laa Ilaaha Illalloh dan Muhammad hamba Alloh dan rasul-Nya dengan kejujuran hati kecuali Alloh mengharamkan neraka untuk menyentuhnya." (HR. Al Bukhori dan Muslim)
Betapa kejujuran menjadi syarat sahnya syahadat. Lihatlah bagaimana syahadat orang munafik ditolak oleh Alloh karena tidak jujur. Sebagaimana firman-Nya, "Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: 'Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Alloh.' Dan Alloh mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Alloh mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta." (Al Munafiqun: 1)

6. Ikhlas
Ikhlas hakikatnya mengharapkan balasan dari Alloh saja, tidak kepada selain-Nya. Alloh berfirman, "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Alloh dengan mengikhlaskan keta'atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan sholat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Al Bayyinah: 5)
Apa yang dimaksud dengan ikhlas?
Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Sungguh Alloh mengharamkan bagi neraka menyentuh orang yang mengatakan Laa Ilaaha Illalloh karena semata-mata mencari wajah Alloh." (HR. Al Bukhori dan Muslim)

7. Cinta
Alloh berfirman, "Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Alloh; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Alloh. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Alloh. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Alloh semuanya dan bahwa Alloh amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)." (Al Baqoroh: 165)
Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ada tiga hal barangsiapa memilikinya pasti akan merasakan kelezatan iman: Alloh dan rasul-Nya lebih dia cintai dibanding selain keduanya, dia mencintai seseorang karena Alloh, dan dia benci untuk kembali kafir sebagaimana kebenciannya jika dilempar ke dalam api." (HR. Al Bukhori dan Muslim)

8. Mengingkari peribadatan kepada Thoghut.
Thoghut adalah segala sesuatu selain Alloh yang ridho disembah/diibadahi. Alloh berfirman, "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thoghut dan beriman kepada Alloh, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Alloh Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al Baqoroh: 256)
Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa mengucapkan Laa Ilaaha Illalloh dan mengingkari sesembahan selain Alloh, haramlah harta dan darahnya sedang perhitungannya adalah terserah kepada Alloh Azza Wa Jalla." (HR. Muslim)
Perlu diperhatikan, syarat-syarat ini tidak bermanfaat sama sekali jika sekedar dihafalkan, tanpa diamalkan. apakah kita sudah mengevaluasi syahadat kita? Sudahkah terpenuhi delapan syarat ini dalam syahadat Laa Ilaaha Illalloh yang kita ikrarkan? Belum terlambat. Berbenahlah! Semoga kita bertemu dengan Alloh sebagai seorang yang bertauhid, bukan sebagai seorang musyrik. Wal 'iyaadzu billah.

 Waallahu A'lam